My Add

Sunday 1 June 2014

Mah sambung projek tebatan banjir yang tertangguh di Teluk Intan

TELUK INTAN, AHAD 1 Jun, 2014: Bagi Anggota Parlimen Teluk Intan yang baharu Datuk Mah Siew Keong, antara projek utama yang akan dibangunkannya ialah meneruskan projek tebatan banjir yang tertangguh selepas kekalahannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Projek bernilai RM100 juta yang dirancang untuk dibangunkan dalam lima fasa, hanya mampu dibangunkan sebanyak dua fasa dengan kos RM30 juta, sebelum Mah, yang merupakan anggota Parlimen Teluk Intan sejak Pilihan Raya Umum 1999, kalah pada PRU 2008.

Pembinaan kedua-dua fasa itu telah mampu mengurangkan masalah banjir kilat di kawasan bandar dan kampung di Teluk Intan sebanyak 80 hingga 90 peratus.

Pihaknya juga akan menyusun semula pelaksanaan janji-janji yang dibuat dalam manifesto parti yang dilancarkan Isnin lepas, kata Mah yang ditemui pemberita selepas berjumpa pengundi di Pasar Besar di sini untuk mengucapkan terima kasih di atas pemilihannya sebagai Anggota Parlimen Teluk Intan.

Beliau berkata segala perancangan pembangunan itu memerlukan masa, tetapi akan dilaksanakan secara berperingkat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment