My Add

Saturday 21 June 2014

MAIS nafi Sultan Selangor perkenan Perkasa adakan perhimpunan

SHAH ALAM, SABTU 21 Jun, 2014: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menafikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk berhimpun di hadapan Istana Kayangan, Isnin ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, MAIS ada menerima surat daripada Perkasa berhubung permohonan mengadakan perhimpunan itu, bagaimanapun surat tersebut tidak dirujuk untuk perhatian Sultan Selangor berikutan baginda telah berangkat ke luar negara.

"Pada 20 Jun (semalam), saya telah menerima surat daripada Yang Dipertua Perkasa Selangor Abu Bakar Yahya untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor berkaitan permohonan perhimpunan beramai-ramai.

"Namun surat tersebut tidak diangkat untuk perhatian Sultan Selangor kerana baginda telah pun berangkat ke luar negara," katanya dalam kenyataan di sini..

Sehubungan itu, MAIS menafikan kenyataan Perkasa bahawa perhimpunan itu telah mendapat perkenan baginda, katanya.

Mohamad Adzib berkata terpulang kepada pertubuhan itu menggunakan budi bicara mereka untuk mengadakan perhimpunan berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment