My Add

Saturday, 21 June 2014

Mayat pertama kes bot terbalik di perairan Sepang ditemui

SHAH ALAM, sabtu 21 Jun, 2014: Mayat pertama kejadian bot pancung membawa 27 warga Indonesia yang terbalik di Beacon Api Gila, perairan Sepang pada Rabu lepas dijumpai di Sepat Beacon petang tadi.

Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Klang, Leftenan Komander Mohd Hambali Yaakup berkata, mayat ditemui oleh nelayan tempatan pada pukul 4.05 petang.

"Anggota kami sedang dalam perjalanan membawa mayat ke Pos Pangkalan Hadapan (FOP) Sepang Kecil dan mayat itu kemudian akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Hambali berkata, jantina mayat masih belum dikenal pasti berikutan keadaannya yang reput.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, sejumlah 20 mangsa ditemui selamat manakala tujuh lagi hilang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment