Mahkamah Minya sebelum ini menjatuhkan hukuman mati ke atas 683 orang tetapi keputusan hari ini menyaksikan empat tertuduh termasuk dua wanita dipenjara seumur hidup dan membebaskan 493 defendan yang lain.
Sumber mahkamah memaklumkan, keputusan hukuman mati tersebut bagaimanapun boleh dibantah jika tertuduh membuat rayuan.
Kesemua tertuduh didakwa atas kesalahan mencetuskan keganasan di pekan Minya pada Julai lalu kerana menentang penggulingan Presiden Mohamed Mursi yang juga merupakan pemimpin kanan Ikhawanul Muslimin. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment