My Add

Sunday, 22 June 2014

Najib ucap takziah kepada keluarga Wong

KUALA LUMPUR, AHAD 22 Jun, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek Wong Ho Leng, yang meninggal dunia akibat kanser malam tadi.

``Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat handai mendiang pengerusi DAP Sarawak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek Wong Ho Leng, yang meninggal dunia semalam,'' tulis Najib dalam laman Twitter beliau.

Menurut DAP, Wong meninggal dunia pada 10.50 malam.

Wong, 54, dikesan menghidap tumor otak pada Januri tahun lepas. Beliau mendapatkan rawatan di Singapura awal tahun ini dan menerima jagaan paliatif di Pusat Perubatan Rejang di Sibu, Sarawak. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment