Presiden Tajikistan diberi sambutan negara
KUALA LUMPUR, ISNIN 23 Jun, 2014: Presiden Republik Tajikistan, Emomali Sharipovich Rahmon yang melakukan lawatan ke Malaysia selama empat hari, diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini.
Ketibaan Rahmon yang diiringi isteri, Azizahmoh Rahmon pada pukul 11.30 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.
Yang turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri-menteri Kabinet.
Sejurus ketibaan beliau di Parlimen lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das.
Presiden Republik Tajikistan itu kemudian memeriksa perbarisan kawalan kehormat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebelum diperkenalkan kepada jemaah menteri dan tetamu kehormat yang menghadiri upacara itu. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment