My Add

Monday 23 June 2014

Hampir 200 ahli NGO berhimpun, pertahan MAIS

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM, ISNIN 23 Jun, 2014: Hampir 200 ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di hadapan Istana Bukit Kayangan bagi menyatakan pendirian membantah cadangan empat Ahli Parlimen Pas sebelum ini yang didakwa mahu supaya dihapuskan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini hari ini.

Mereka yang berhimpun kira-kira pukul 11 pagi ini sebulat suara mahu kuasa MAIS dipertahankan dalam pentadbiran agama Islam di negeri ini.

Mereka juga dijangka akan mengemukakan memorandum kepada Sultan Selangor bagi menyatakan sokongan kepada MAIS selain menjunjung kuasa baginda sebagai Ketua Agama Negeri. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment