My Add

Saturday 21 June 2014

Qari, qariah Malaysia mengungguli Majlis Tilawah ke-56

KUALA LUMPUR, SABTU 21 Jun, 2014: Malaysia mengungguli Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-56 yang berakhir malam ini apabila muncul johan bagi semua kategori dipertandingkan.

Qari dan qariah negara iaitu Ahmad Tirmizi Ali serta Hanimzah Jalaluddin muncul johan kategori tilawah selepas masing-masing mendapat markah 93.30 dan 90.67 peratus.

Johan qari dan qariah itu masing-masing membawa pulang hadiah berupa berupa jongkong emas bernilai RM70,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim), wang tunai RM40,000 dan piala iringan.

Mohd. Ersyad Abdullah dan Noorhafizah Mohd. Shafie pula masing-masing diumumkan sebagai johan bagi kategori hafazan yang julung kali dianjurkan serentak dengan majlis tilawah. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment