My Add

Saturday 21 June 2014

Industri francais Malaysia berjaya tembusi 53 negara

JAKARTA, sabtu 21 Jun, 2014: Industri francais Malaysia mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa berikutan terdapat 58 produk tempatan berjaya mengembangkan perniagaan di 53 buah negara setakat ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, perangkaan itu menunjukkan perkembangan positif bagi sektor francais tempatan dalam menembusi pasaran global.

"Terdapat peningkatan dalam industri francais negara apabila 58 syarikat francais tempatan berjaya membuka 1,992 outlet di 53 buah negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pavilion Malaysia sempena Ekspo Perniagaan Malaysia - Indonesia (MIBEX) 2014 di Pusat Konvensyen Jakarta, hari ini.

Sebanyak 25 syarikat francais Malaysia termasuk empat syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) dan sebuah syarikat jualan langsung menyertai ekspo yang berlangsung selama tiga hari, berakhir Ahad itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment