My Add

Sunday 1 June 2014

"Saya reda apa yang berlaku" - Bapa Nurul Emielda Nadia

PETALING JAYA, AHAD 01 Jun, 2014: Bapa kepada kanak-kanak malang, Nurul Emielda Nadia Sallehuddin, 7, berkata, beliau reda dengan kematian anaknya akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, semalam.

"Saya reda dengan apa yang berlaku dan semua sudah jelas dalam akhbar, tolong hormati perasaan saya," katanya ketika ditemui di Ruang Menunggu Bahagian Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.

Jenazah Nurul Emielda Nadia telah dimandi dan disembahyangkan di surau PPUM pada pukul 2 petang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Puncak Alam.

Suasana pilu menyelubungi kawasan unit Forensik di hospital itu apabila ia dipenuhi dengan saudara mara dan rakan-rakan Sallehuddin. - UTUSAN
Dalam kejadian semalam, Nurul Emielda Nadia maut setelah parah akibat terjatuh dari tingkat tiga di pusat beli-belah berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment