My Add

Sunday 22 June 2014

40 pendatang asing ditahan di ladang sawit di Kinabatangan

KINABATANGAN, AHAD 22 Jun, 2014: Empat puluh pendatang tanpa izin ditahan dalam satu operasi di sebuah ladang sawit dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt A. Sahak Rahmat berkata 34 daripada pendatang tanpa izin adalah warga Filipina berusia antara dua hingga 45 tahun manakala enam lagi warga Indonesia berusia antara 21 hingga 59 tahun.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)© Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya dalam operasi bermula pukul 2 pagi dan berakhir 6 pagi itu, 86 warga asing diperiksa dan hanya 40 daripada mereka ditahan selepas didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

A. Sahak berkata operasi itu akan diperluaskan ke beberapa ladang kelapa sawit di sekitar daerah ini bagi memastikan majikan menggaji pekerja asing yang memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment