My Add

Monday 23 June 2014

Abu Bakar Chik meninggal dalam nahas

KUALA TERENGGANU, AHAD 23 Jun, 2014: Tokoh veteran Pas, Datuk Abu Bakar Chik, 64, meninggal dunia manakala pembantunya, Hasmizi Hasan cedera dalam kemalangan di Kilometer 390 laluan Bukit Besi-Ajil pukul 3.16 pagi ini.

Allahyarham yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan pernah menyandang jawatan Exco kerajaan negeri meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu.

Kemalangan dikatakan berlaku setelah kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah van dan kemudiannya terbakar sejurus selepas mereka berdua berjaya dikeluarkan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Toh Puan Zaitun Salleh dan lapan orang anak. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment