My Add

Monday 23 June 2014

Sultan Ahmad Shah sihat-Adnan

RAUB , ISNIN 23 Jun, 2014: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur berada dalam keadaan sihat dan telah dibenarkan pulang semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, baginda sudah menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

"Tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai tahap kesihatan baginda," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pecah tanah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di tapak projek PR1MA Dong Kampung Lechar, di sini hari ini - UTUSAN ONLINE. 

No comments:

Post a Comment