My Add

Monday 23 June 2014

JKM sedang kesan bapa remaja OKU

SEREMBAN, ISNIN 23 Jun - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sedang mengesan bapa kepada remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, untuk urusan hak penjagaan dan dokumentasi.

Timbalan Pengarahnya, Mohamad Hapil berkata, usaha sedang dilakukan sebelum sebarang keputusan dibuat sama ada remaja itu dikembalikan kepada keluarganya atau diserahkan kepada keluarga angkat.

"Pada masa ini usaha yang dilakukan ialah bagi memulihkan kesihatan remaja berkenaan sebelum pihak hospital menyerahkannya kepada JKM," katanya ketika ditemui di hospital Tuanku Jaafar di sini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment