My Add

Sunday 1 June 2014

Abu Sayyaf tidak cederakan Hua Yun, Marcy Dayawan

KOTA KINABALU, SABTU 31 Mei, 2014: Kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dilaporkan tidak mencederakan kedua-dua mangsa culik iaitu warganegara China, Gao Hua Yuan, 29, dan pekerja Singamata Resort, Semporna warga Filipina Marcy Dayawan @ Mimi, semasa 58 hari mereka ditawan di kawasan hutan di kepulauan Jolo.

Sumber memberitahu, bagaimanapun Mimi sentiasa diancam dan diugut akan dipenggal kepala jika keluarga Hua Yuan tidak membayar wang tebusan dalam tempoh 20 hari selepas panggilan dibuat.

Difahamkan, mangsa yang diserahkan kepada kumpulan Abu Sayaff itu sentiasa dijaga sekurang-kurangnya 40 lelaki bersenjata selepas mereka dibawa terus ke Jolo.

“Mereka diberi makanan harian seperti nasi dan ikan secukupnya serta hanya mendapat satu hidangan sayur-sayuran sekali sepanjang dalam tahanan.

“Kedua-dua mangsa yang kerap menangis ketika dalam tahanan, tidak pernah terfikir bahawa mereka akan dibebaskan dan bersyukur atas pembebasan itu," katanya di sini hari ini.

Turut difahamkan, terdapat seorang wanita bersama mereka tetapi tidak dapat dipastikan sama ada individu terbabit merupakan tebusan atau sebahagian daripada kumpulan terbabit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment