My Add

Sunday 1 June 2014

Kawal harga: KPDNKK rekodkan 3,293 kesalahan peniaga

TAWAU, SABTU 31 Mei, 2014: Sebanyak 560,573 pemeriksaan telah dijalankan ke atas semua jenis perniagaan di seluruh negara tahun ini dengan 3,293 kes pelbagai kesalahan direkodkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, daripada jumlah itu, nilai rampasan ialah RM566,946 dan keseluruhan nilai kompaun dikenakan sebanyak RM155,250.

“Sebanyak 2,207 kes direkodkan melibatkan kesalahan tidak meletakkan tanda harga atau senarai harga barang manakala 1,033 kes direkodkan bagi kesalahan gagal menentu sah alat timbang dan sukat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pasar Sri Tanjung di sini hari ini.

Hasan memberitahu, kementeriannya telah menguatkuasakan kawalan harga terhadap 12 jenis barang selama seminggu sempena sambutan pesta menuai itu.

“Lebih 4,000 premis perniagaan di Sabah yang diperiksa sepanjang Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena sambutan Pesta Kaamatan sejak 25 Mei lepas didapati mematuhi senarai harga dalam skim itu," kata beliau.

Hasan berkata, beliau berpuas hati kepatuhan semua premis perniagaan meletakkan tanda harga atau senarai harga barang yang dijual. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment