My Add

Sunday 22 June 2014

Anggota tentera Korea Selatan tembak mati lima rakan

SEOUL, AHAD 22 Jun, 2014: Lima orang anggota tentera Korea Selatan terkorban dan lima lagi cedera, selepas seorang anggota tentera bertindak melepaskan tembakan ke atas rakan-rakannnya di sebuah pos kawalan berhampiran sempadan Korea Utara, semalam.

"Suspek menembak mati lima orang tentera yang juga rakannya, sebelum melarikan diri bersama selaras senapang dan peluru," kata seorang jurucakap tentera.

Sehingga kini tiada sebarang maklumat didedahkan tentang punca kejadian tersebut yang berlaku kira-kira pukul 8 malam waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia). - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment