My Add

Sunday, 22 June 2014

Pakistan bunuh 30 pengganas dalam dua serangan udara

ISLAMABAD, AHAD 22 Jun, 2014: Tentera Pakistan berjaya membunuh lebih 30 orang pengganas Taliban dalam dua serangan udara yang dilancarkan di utara Waziristan dan Khyber, semalam.

Agensi berita Xinhua melaporkan, jurucakap tentera, Mejar Jeneral, Asim Saleem Bajwa berkata, lebih 20 orang terbunuh dan tiga buah tempat persembunyian pengganas berjaya dimusnahkan dalam serangan di Hassu Khel, utara Waziristan.

Dalam satu lagi serangan di Khyber yang terletak berhampiran sempadan Afghanistan, 10 orang pengganas terkorban.

"Serangan dilancarkan di kawasan yang tidak dihuni oleh orang awam," jelas Asim. - Agensi/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment