My Add

Sunday 22 June 2014

Beratus tentera Israel berada di Tebing Barat

RAMALLAH, AHAD 22 Jun , 2014:Israel bertindak menghantar beratus-ratus orang tentera ke Tebing Barat semalam, dalam usaha mencari tiga orang remaja warganya yang didakwa diculik oleh pergerakan Hamas pada 13 Jun lalu.

Tentera berkata, proses pencarian melibatkan lebih daripada 1,150 kawasan di Tebing Barat dan pihaknya turut menahan lebih 10 orang penduduk Palestin, menjadikan jumlah penduduk yang ditahan setakat ini seramai 330 orang.

Menurut Kelab Tahanan Palestin, tentera Israel menahan lebih daripada 37 orang penduduk dalam operasi tersebut. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment