My Add

Monday 2 June 2014

Bomba perlu peruntukan RM70 juta hadapi el Nino

MELAKA, ISNIN 2 Jun , 2014:Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memerlukan peruntukan tambahan RM70 juta bagi membeli peralatan dan meningkatkan kualiti logistik sebagai persediaan menghadapi fenomena el Nino.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, perkara itu sudah diusulkan kepada Kerajaan Pusat dan sedang menunggu tindakan lanjut.

Peruntukan tambahan perlu memandangkan lebih banyak kebakaran hutan terutama tanah gambut dijangka berlaku sepanjang fenomena yang diramal melanda Asia Tenggara pertengahan tahun ini, katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

"Kita baru sahaja menghadapi satu musim kemarau yang agak panjang lebih kurang tiga bulan dengan lebih 15,000 kebakaran direkodkan sepanjang tempoh itu dan banyak perkara atau kekurangan yang telah dikenal pasti terutama melibatkan logistik.

“Antara peralatan kita rancang beli ialah pam mudah alih, lori serba guna bagi kegunaan hutan dan banjir serta peralatan khusus bagi memadam kebakaran hutan melibatkan tanah gambut," katanya yang ditemui selepas menghadiri Majlis Serah Tugas Pengarah JBPM Melaka yang baharu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment