My Add

Monday 2 June 2014

Hanya BN mampu jamin keharmonian sosial - PM

Oleh ANGELINA SINYANG

MIRI, ISNIN 02 Mei, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hanya kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) boleh menjamin keharmonian sosial dikekalkan di negara ini.

Beliau berkata, di bawah pentadbiran BN, rakyat boleh hidup dalam suasana yang aman dan damai walaupun mempunyai rakyat pelbagai etnik.

"Kita bersyukur kerana negara di bawah BN telah mencapai begitu banyak kejayaan.

"Ada negara mengalami pergolakan akibat bahang politik yang tidak stabil," katanya dalam ucapan ketika menghadiri Majlis Hari Gawai Malaysia 2014 di Rumah Jarek anak Klambu, Lambir di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment