My Add

Monday 2 June 2014

Ego punca DAP kalah di Teluk Intan

SHAH ALAM, AHAD 01 Jun, 2014: Sikap ego pemimpin pakatan pembangkang yang dikatakan gagal mendengar kemahuan rakyat dikatakan menjadi punca kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan semalam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sekiranya mereka berupaya memenuhi kehendak rakyat selain membuat pe­rancangan tepat, beliau yakin DAP mampu mengekalkan kerusi Parlimen berkenaan.

"Ini adalah contoh yang baik untuk pakatan pembangkang jadikan pengajaran. Jika kita dengar kemahuan rakyat Teluk Intan dengan berhati-hati dan membuat perancangan, kita tidak akan terlepas pandang apa yang mereka mahu.

"Mungkin kita sebagai ahli Parlimen boleh cakap kepada rakyat, tetapi mungkin rakyat mahu tahu apa yang anda tahu tentang semua perkara," kata­nya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (Seroja), di sini hari ini.

PRK Parlimen Teluk Intan semalam menyaksikan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong menang dengan majoriti 238 undi selepas memperoleh 20,157 undi berban­ding calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud 19,919 undi.

Adul Khalid dalam pada itu mendakwa, DAP telah melakukan yang terbaik untuk memastikan pengundi Teluk Intan menyokong mereka tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.

"Banyak pengundi luar tidak balik mengundi dan sokongan kuat daripada Kerajaan Pusat juga menyebabkan rakyat memilih Barisan Nasional (BN)," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment