My Add

Monday 2 June 2014

Tiga faktor punca kekalahan - Guan Eng

PULAU PINANG, AHAD 01 Jun, 2014: DAP hari ini mendakwa kemerosotan peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu sebanyak 66.5 peratus antara tiga punca parti itu kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan semalam.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, dua lagi faktor kekalahan parti itu adalah permainan politik UMNO ketika berkempen dan calon mereka, Dya­na Sofya Mohd. Daud adalah muka baharu di kawasan itu serta tidak mempunyai cukup masa untuk membiasakan diri dengan penduduk setempat.

"Peratusan keluar mengundi menurun ia­itu antara 7,000 hingga 8,000 pemilih berbanding 80 peratus yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

"Kebanyakan pemilih yang tidak hadir untuk mengundi adalah mereka yang propembangkang dan berada di luar kawasan," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Penang Run di sini hari ini.

Sehubungan itu, Guan Eng berkata, DAP akan membuat kajian terperinci mengenai kekalahan parti itu di Teluk Intan.

"DAP tidak menyesal meletakkan calon muda Melayu di Teluk Intan kerana dia telah mempamerkan pres­tasi yang boleh dipuji," katanya.

Beliau berkata, walaupun DAP kalah, Dyana Sofya akan terus berjuang dan berkhidmat kepada penduduk di kawasan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment