My Add

Monday 23 June 2014

Generasi muda kayu ukur kecemerlangan, kelemahan bangsa

*  ROSMAH Mansor (tengah) bersama penerima Anugerah Nadi Negara Wanita UMNO 2013 di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Shahrizat Abdul Jalil (sembilan dari kanan).
KUALA LUMPUR, AHAD 22 Jun, 2014: Kayu ukur kecemerlangan serta kelemahan sesuatu bangsa bergantung kepada generasi muda dan kerana itu golongan terbabit diminta terus berpegang pada nilai dan jati diri.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, penyair Arab terkenal, Ahmad Shauqi pernah berkata, jika ingin melihat masa depan sesebuah negara maka lihatlah pada keadaan generasi mudanya hari ini.

"Golon gan muda seharusnya sedar mereka adalah pewaris kepimpinan hari ini dan akan mencorakkan masa depan negara. Jika barisan muda ini lemah dan lesu maka mundurlah sesebuah bangsa itu.

"Oleh itu, para belia yang ingin membangunkan negara perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental selain mempunyai etika dan personaliti yang luhur dan terpuji," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Anugerah Nadi Negara Wanita UMNO 2013, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya bercadang untuk memperluaskan Anugerah Nadi Negara kepada golongan ibu bapa yang mendidik anak-anak sehingga berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam akademik di peringkat pengajian tinggi.

Beliau berkata, Anugerah Nadi Negara yang diwujudkan sejak 2009 pada awalnya bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar IPT awam sahaja bagaimanapun bagi memenuhi permintaan, pihaknya memperluaskan anugerah itu kepada IPT swasta pada tahun lalu.

Pada tahun ini, seramai 27 pelajar universiti dari dalam dan luar negara menerima Anugerah Nadi Negara yang diwujudkan bagi mengiktiraf kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum.

Dua daripada penerima tersebut diberikan Anugerah Khas iaitu pelajar Sarjana Muda Sains (Kepujian) Universiti Auckland, New Zealand, Noor Liyana Nouxman dan pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Universiti Tun Hussein Onn, Mohd. Hafiz Ariffin. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment