My Add

Monday, 2 June 2014

Letusan gunung berapi tidak jejas operasi syarikat penerbangan

KUALA LUMPUR, ISNIN 02 Jun, 2014: Letusan gunung berapi di Indonesia tidak menghalang syarikat penerbangan tempatan daripada beroperasi seperti biasa.

Tiga syarikat penerbangan utama iaitu Malindo Air, AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan kejadian itu tidak mengganggu keadaan dan penerbangan mereka beroperasi seperti biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo, Air Chandran Ramamurthy berkata, syarikat itu akan terus memantau keadaan dan akan mematuhi nasihat Jabatan Penerbangan Awam (DCA), pengawal trafik dan pihak berkuasa lapangan terbang.

"Setakat hari ini, kami beroperasi seperti biasa. Kami akan terus memantau keadaan dan menyusun jadual operasi penerbangan kami dengan sewajarnya," kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Gunung berapi Sangeang Api di kepulauan Sumbawa terus meletus sejak tengah hari Jumaat.

Jurucakap AirAsia juga berkata, letusan gunung berapi tersebut tidak menjejaskan operasi syarikat penerbangan itu.

"Tiada sebarang pembatalan dibuat terhadap penerbangan yang masuk atau keluar dari Indonesia berikutan letusan gunung berapi itu. AirAsia beroperasi seperti biasa," katanya.

Sementara itu, dalam khidmat pesanan ringkasnya kepada Bernama, MAS menyatakan: “Tiada sebarang gangguan terhadap penerbangan MAS hari ini". - BERNAMA

No comments:

Post a Comment