My Add

Monday 23 June 2014

Kejohanan tawar hadiah RM69,000

 * KHAIRY Jamaluddin menerima cenderamata daripada penaja sambil diiringi Abdul Aziz Ishak (dua dari kanan) semasa majlis pelancaran Kejohanan Sepak Takraw KFC/Utusan 2014 di Alamanda Putrajaya, semalam. - UTUSAN/SURIYA BONMA (Pelatih Unisel)
PUTRAJAYA, AHAD 22 Jun, 2014: Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2014 kini kembali menemui peminat sukan tradisi itu dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM69,000.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Noordin Abbas berkata, sejak dianjurkan pada 2010, kejohanan itu telah menerima sambutan mengggalakkan dari-pada peminat sukan dari seluruh negara.

Beliau berkata, tidak kurang daripada 200 regu merangkumi pelbagai kategori telah menyertai kejohanan itu pada setiap tahun.

"200 regu telah menyertainya pada tahun lepas dan kami yakin bilangannya akan bertambah pada tahun ini berikutan beberapa penambahbaikan yang dilakukan.

"Dua kategori baharu diperkenalkan pada tahun ini iaitu regu terbaik dan pemain pilihan kejohanan. Pemilihan akan dibuat melalui laman sosial Facebook dan pemenang akan menerima wang tunai RM3,000 untuk setiap kate-gori," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2014 di pusat beli-belah Alamanda di sini hari ini. Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Akhbar Utusan Malaysia terbitan Kumpulan Utusan dengan kerjasama pintar QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd., melalui produk popular KFC bertindak sebagai penaja utama menganjurkan kejohanan tersebut. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment