Oleh Azman Ibrahim
![]() |
Pengarah Program Koridor Ekonomi Teraju, Bestari Abrar Nasiruddin (gambar) berkata, syarikat Teras merupakan syarikat yang mempunyai daya saing dan berprestasi tinggi.
Katanya, syarikat-syarikat Teras meliputi semua sektor terutamanya yang terlibat di dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
"Syarikat Teras mesti menunjukkan prestasi kewangan yang baik dalam tempoh tiga tahun beroperasi.
"Syarikat-syarikat ini perlu mendapat penarafan sekurang-kurangnya tiga bintang daripada SME Corporation (SMECorp)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Teraju menubuhkan Program Syarikat Bumiputera Berpestasi Tinggi (Teras) sejak 20 Julai 2011.
Syarikat-syarikat Teras mempunyai kemudahan akses pembiayaan menerusi Dana Teras.
Setakat ini, Teraju berjaya mewujudkan sebanyak 565 buah syarikat Teras.
Tambah Bestari Abrar, pihaknya turut membuka laluan pembiayaan untuk syarikat-syarikat Teras menerusi tiga buah bank tempatan.
Katanya, tiga buah bank itu adalah SME Bank Bhd., RHB Islamic Bank Bhd. dan MIDF Investment Bhd. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment