My Add

Sunday 1 June 2014

Lelaki parah kena tiga das tembakan

TEMERLOH, SABTU 31 Mei , 2014: Seorang lelaki parah selepas terkena tiga das tembakan di badannya di depan sebuah klinik swasta di Jalan Zabidin berhampiran Stesen Bas Mentakab di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Anuwar Osman berkata, polis menerima maklumat orang awam tentang kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.15 malam.

Beliau berkata, menurut saksi yang ditemui polis semasa siasatan awal, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 37 tahun itu berada di depan klinik itu dikatakan sedang berbual-bual dengan suspek.

"Tiba-tiba saksi terdengar bunyi tiga das tembakan sebelum ternampak mangsa rebah dan suspek melarikan diri dipercayai dengan menaiki sebuah kereta," katanya di sini hari ini. - BERNAMA

Beliau berkata, dengan bantuan orang awam, mangsa yang parah selepas ditembak di bahagian rusuk kirinya itu dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan lanjut.

Kata Anuwar, mangsa kini masih menerima rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan, namun dia dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Polis kini sedang giat menjejaki suspek terbabit dan motif kejadian itu masih dalam siasatan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment