My Add

Sunday 1 June 2014

Suspek bunuh kejam kanak-kanak ditemui

 * MAYAT lelaki yang dipercayai suspek kes bunuh kanak-kanak ditemui mati lemas di Sungai Klang, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/Muhd Fitri Azahar (Pelatih Unisel)
SUBANG JAYA, SABTU 31 Mei, 2014: Suspek kes pembunuhan kejam kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan, Siti Soffea Emelda, ditemui mati lemas di Sungai Klang berhampiran Tol Bandar Sunway, di sini hari ini.

Mayat suspek ditemui orang ramai terapung di permukaan sungai berkenaan lalu menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya.

Hasil pemeriksaan terhadap mayat itu mendapati bentuk fizikal dan pakaiannya menyerupai suspek yang dirakam polis menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di Kompleks Kota Raya, Khamis lalu.

Gambaran sama turut diberikan oleh saksi-saksi yang mengejar suspek pada hari kejadian.

Menurut sumber, suspek yang berasal dari Lunas, Kulim, M. Samynathaiar, 27, baru sahaja dibebaskan dari Penjara Kajang pada 26 Mei lalu, selepas menjalani hukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan samun.

Katanya, suspek turut mempunyai empat rekod lampau bersabit kesalahan dadah, samun dan curi motosikal.

Tambah sumber itu, pihak polis sudah merakam keterangan daripada lapan orang termasuk ibu kepada kanak-kanak malang terbabit.

“Mengikut keterangan wanita tersebut yang berasal dari Petaling Jaya, dia mengenali suspek namun tidak pernah bercakap mahupun berurusan," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya yakin berjaya menyelesaikan kes pembunuhan kanak-kanak terbabit.

"Dengan penemuan mayat suspek, kes melibatkan kanak-kanak itu dianggap selesai. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Pihak polis kini sedang berusaha mengenal pasti motif pembunuhan kejam tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa kekejaman seorang lelaki tidak berhati perut yang tergamak menghentak kepala mangsa dengan serpihan seramik serta mengelar leher mangsa hingga putus berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Jalan Tun Sambanthan di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment