My Add

Monday 23 June 2014

LHDN jawab isu layanan istimewa

Oleh SOFIAN BAHAROM
 
 Keratan Mingguan Malaysia semala
KUALA LUMPUR, AHAD 22 Jun, 2014: Kementerian Kewangan menafikan dakwaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi layanan istimewa kepada syarikat korporat besar dalam pembayaran cukai.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Maslan juga menepis dakwaan kononnya seorang bilionair diberi diskaun RM100 juta oleh agensi tersebut dalam pembayaran cukai.

Beliau menegaskan, berdasarkan maklumat Ketua Pengarah LHDN, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar, segala aktiviti pengurangan cukai oleh agensi itu dilakukan mengikut prosedur sedia ada.

"Saya sendiri yang meminta penjelasan daripada LHDN dan mereka memberitahu bahawa dakwaan seorang bilionair diberi diskaun RM100 juta itu tiada kebenaran mengikut maklumat Ketua Pengarah LHDN. Segala pengurangan cukai adalah mengikut prosedur. Ini maklumat awal yang saya ada.

"Saya kena baca laporan dahulu sebelum boleh buat kenyataan akhbar. Setakat ini tunggu dahulu. Saya akan diberi laporan oleh LHDN esok," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad mengulas pendedahan Mingguan Malaysia hari ini bahawa LHDN didakwa memberi layanan istimewa kepada syarikat korporat besar termasuklah pembayaran ansuran dalam tempoh tidak munasabah dan pemotongan melampau bagi penalti kerana mempunyai cukai tertunggak.

LHDN juga didakwa membenarkan syarikat korporat membayar cukai tertunggak secara ansuran sehingga 24 bulan tanpa faedah sehingga menyebabkan kerajaan kehilangan ratusan juta ringgit. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment