My Add

Monday 23 June 2014

Raja Permaisuri Perak sampaikan sumbangan kepada golongan miskin

 * BTUANKU Zara Salim menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin pada majlis penyampaian sumbangan Kelab Wanita Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor di Pusat Eko-Pelajaran Kuala Sepetang, Taiping, semalam. - BERNAMA
TAIPING, AHAD 22 Jun, 2014: Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim hari ini berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai dan pakaian kepada 80 penduduk miskin anjuran Kelab Wanita Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Keberangkatan baginda mencemar duli ke majlis itu merupakan penampilan pertama Tuanku Zara selepas baginda diperkenankan dengan gelaran Raja Permaisuri Perak berkuat kuasa Jumaat lalu.

Mengiringi baginda ke majlis tersebut ialah Penaung kelab, Raja Datuk Seri Azureen Sultan Azlan Shah dan Presidennya, Datuk Siti Hendon Chik.

Menurut Siti Hendon, program bantuan kepada golongan miskin itu merupakan aktiviti tahunan kelab sejak ditubuhkan 14 tahun lalu.

Beliau berkata, keahlian kelab itu terdiri daripada wanita yang berasal dari Perak dan mereka yang menjadi isteri kepada orang kelahiran Perak yang tinggal di Kuala Lumpur serta Selangor.

"Kelab ini ditubuhkan untuk mengumpul dana bagi membantu masyarakat di Perak dan mereka yang tinggal di Kuala Lumpur serta Selangor," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Matang di Kuala Sepetang di sini hari ini.

Setiap penerima yang terdiri daripada golongan miskin dari daerah Larut, Matang dan Selama menerima sumbangan wang tunai RM500 dan pakaian.

Menurut Siti Hendon, selain sumbangan kelab, penerima juga menerima sumbangan peribadi daripada orang perseorangan.

"Dana untuk sumbangan ini kita peruntukkan setiap tahun, seperti tahun ini kita berusaha menyediakan dana untuk sumbangan pada tahun depan pula," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment