My Add

Sunday 1 June 2014

Najib terima gelaran tertinggi Orang Ulu

MIRI, SABTU 31 Mei, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dianugerahi gelaran tertinggi masyarakat Orang Ulu (Kenyah) iaitu Balan Nyanding bersempena perayaan Gawai Dayak dan lawatannya ke Long Silat, Baram pada Isnin ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau Jok berkata, gelaran bermaksud ‘Pahlawan Terbilang Orang Ulu’ tersebut sebelum ini diberikan kepada pahlawan Kenyah menerusi upacara Pu’un Pengudip.

“Lawatan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bagi bersama-sama meraikan Gawai dengan kami di kawasan pedalaman Baram Ini merupakan satu penghormatan kepada Orang Ulu.

“Masyarakat terutama pengundi di Telang Usan begitu terharu apabila pemimpin tertinggi negara sanggup datang untuk bertemu kita,’’ katanya di sini hari ini.

Dalam lawatan Perdana Menteri tersebut, pelbagai acara akan diadakan seperti persembahan kebudayaan, demonstrasi membuang hampas padi secara tradisional dan demonstrasi menghasilkan sagu daripada batang rumbia oleh masyarakat Penan.

Dennis menambah, dianggarkan kira-kira 3,000 penduduk sekitar Long Silat bakal menyambut kedatangan Perdana Menteri.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment