My Add

Sunday 22 June 2014

Pemilik pub mati dibunuh

JOHOR BAHRU, SABTU 21 Jun, 2014: Seorang pemilik sebuah kelab malam maut akibat ditembak dari jarak dekat oleh seorang daripada dua lelaki bermotosikal di Jalan Permas 10, Permas Jaya. di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam insiden pukul 2.15 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Kessu dan berusia 40-an mati di tempat kejadian setelah terkena beberapa das tembakan termasuk di kepala.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu pacuan empat roda, Toyota Harrier berhenti di depan sebuah lori penjaja untuk memesan makanan.

"Dua lelaki menaiki sebuah motosikal kemudian berhenti sebelum pemboncengnya meluru ke arah mangsa yang berada di dalam kenderaannya itu lalu melepaskan beberapa das tembakan. Mangsa yang cedera parah mati di tempat kejadian," katanya di sini hari ini.

Sulaiman berkata, polis akan menjalankan siasatan dari segenap aspek termasuk latar belakang, masalah perniagaan, kewangan atau peribadi untuk mengenal pasti motif kejadian.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Baharu Selatan di talian 07-2218 999. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment