My Add

Sunday 1 June 2014

Pusat laksa di Langkawi

LANGKAWI, SABTU 31 Mei, 2014: Satu pusat laksa bakal diwujudkan di pekan Kuah dekat sini pada penghujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli berkata, pusat yang bakal dibina di Restoran 1Malaysia itu bertujuan mengetengahkan laksa sebagai satu menu yang harus dicuba ketika berkunjung ke pulau legenda ini.

Selain itu katanya, pembukaan pusat berkenaan juga merupakan satu cara untuk mempopularkan laksa sebagai satu menu kegemaran ramai.

“Satu bangunan akan dibangunkan di pekan Kuah berdekatan jeti feri untuk dijadikan sebuah restoran 1Malaysia dan separuh daripada ba­ngunan itu akan dibina pusat laksa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival Laksa Antarabangsa Langkawi 2014 (Lilac) di Laman Padi di sini semalam.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Exco Pelancongan ne­geri, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid.

Lilas 2014 yang bertemakan World of Laksa - Laksalicious adalah kali ketiga dianjurkan dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Selain memperkenalkan laksa dari pelbagai negeri dan rantau Asia seperti Thailand, Filipina dan Vietnam, pelbagai program lain turut dianjurkan termasuk pertandingan teh tarik, pertandingan makan laksa, demo masakan oleh chef sele­briti dan pertandingan menangkap ikan.

Ramli berkata, selain mempromosikan laksa, karnival tahunan ini juga merupakan salah satu inisiatif Lada dalam merealisasikan hasrat Blueprint Pelancongan Langkawi untuk menjadikannya antara 10 destinasi percutian pulau terkemuka di dunia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment