My Add

Sunday 1 June 2014

Sengaja burukkan Sabbaruddin Chik.

KUALA LUMPUR.SABTU 31 Mei, 2014: Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) memandang serius laporan berita oleh portal Malaysian Insider yang didakwa sengaja mereka cerita berhubung kenyataan yang dibuat Veteran UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik.

Presiden POKB, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, pihaknya percaya Sabbaruddin yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO itu tidak sesekali akan menjadi gunting dalam lipatan kepada pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini.

“Kita memandang berat laporan portal Malaysian Insider yang sengaja mereka berita yang memburukkan nama baik Sabbaruddin yang membuat kenyataan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sekiranya tiada sokongan pengundi muda," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sabbaruddin semalam tampil menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan tersebut kepada Malaysian Insider dan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman terhadap portal berita itu.

Menurut Sabbaruddin, laporan berita yang dikeluarkan itu sengaja direka untuk memburuk-burukkan nama beliau dan Najib selain mahu menjejaskan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN).

Sheikh Ahmad Dusuki berkata, tindakan portal itu dan sesetengah portal lain disifatkan seperti mahu membakar negara ini dengan sentimen api perkauman dan agama.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan kononnya Sabbaruddin dilihat lantang kerana tidak puas hati berhubung isu kontraknya sebagai Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), Sheikh Ahmad Dusuki berkata, POKB juga amat kesal apabila isu itu disensasikan.

“Kita kesal isu Bank Rakyat disensasikan sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat terutama pemegang saham dan pendeposit yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.

Katanya, semua pihak perlu sedar Bank Rakyat adalah di bawah kawal selia Bank Negara dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta mempunyai ahli lembaga pengarah yang berwibawa dan berintegriti.

"Mereka berpengalaman dalam perundangan dan perbankan untuk menyelesaikan urusan pinjaman peniaga permaidani, Deepak Jaishikin secara profesional berdasarkan peraturan perbankan dan menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak secara menang-menang," katanya.

Katanya, POKB percaya Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan perkara itu demi kepentingan Bank Rakyat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment